Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita bicara tentang luka ku
biar cerita sendu lalu terus jadi debu
biar ia terbang bersama angin lalu
Yang aku mahu rasa bahagia dengan mu

Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita nyanyikan lagu rindu
yang menguriskan hati kau dan aku
membuat hati kita terbenam lesu
kerana aku ingin kau terus tahu
setiap saat,masa dan waktu
doa suci dari mu itu yang membantu
memberi kekuatan ke dalam kalbu

Disaat-saat akhir..
aku akan terus cinta pada Mu
biarpun takdir itu tidak bersatu
kasihmu ada dalam diri ku
bersama kata yg di padu
pada masa yang terus berlalu
tanpa mahu menunggu

Andai itu takdir ku..
menerima ujian dari MU
di saat-saat akhir ku
ampuni dosa-dosa ku
di hari ini dan di hari lalu…

LAUNAN CINTA